Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pengunjung Tasik Kenyir Meningkat

Pengamal media turut dibawa ke Santuari Kelah. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan terus mempromosikan  Tasik Kenyir, Hulu Terengganu  yang terkenal dengan pelbagai produk ekopelancongan, bagi memastikan jumlah pelancong ke kawasan itu terus meningkat pada masa depan.

Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail, berkata pihaknya menolak andaian sesetengah pihak bahawa kedatangan pelancong semakin berkurangan di kawasan berkenaan sebaliknya jumlah pengunjung  ke lokasi  itu cukup memberangsangkan.

Katanya, seramai 269,512 pelancong tempatan dan luar negara dicatatkan dalam tempoh  enam bulan pertama berbanding 247,089 pengunjung  bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan  8.32 peratus


"Andaian bahawa kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir  semakin berkurangan adalah tidak benar kerana kedatangan pelancong sangat positif hasil promosi pelbagai kaedah antaranya  melalui media massa, media sosial, pengiklanan  dan promosi melalui penganjuran pelbagai program bersama kerajaan negeri di luar Terengganu mahupun peringkat antarabangsa.

 “Antara produk yang menjadi tarikan pengunjung adalah Santuari Kelah, kawasan air terjun Lasir, Gua Bewah, Kenyir Elephant Conservation Village (KEV), Kenyir Island Hopping dan Kenyir Water Park.”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Kenali Kenyir Bersama Media, di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, petang semalam.

Seramai 13 pengamal media pelbagai agensi yang dikelola Pengurus Promosi Dan Korporat Ketengah, Ahmad Fathil Abd Ghani menyertai program selama dua hari satu malam yang bertujuan merapatkan hubungan baik antara pihak media dan Ketengah.

Omar berkata, jumlah pengunjung ke Tasik Kenyir di jangka terus meningkat apabila projek pulau bebas cukai Tasik Kenyir akan mula beroperasi sepenuhnya akhir tahun depan.


“Pada masa sama merancang pelbagai program, antaranya Kembara Kenyir, Festival Kenyir, Kenyir Lake International Triathlon, Asean Monsoon Casting dan Pertandingan Memancing Santai Tasik Kenyir.


“Program yang dirangka dan dirancang bersama kerajaan negeri dan pihak berkaitan itu dijangka bermula Ogos sehinggan akhir tahun ini,”katanya. 

No comments: