Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penggiat Pelancongan Perlu Proaktif

Tengku Zaihan bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Matta Familiarisation Trip di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Penggiat pelancongan disarankan agar lebih proaktif dalam merebut peluang yang dibuka kepada mereka dalam membangunkan industri pelancongan khususnya di Terengganu.

Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata kerajaan negeri sentiasa membuka peluang yang boleh diambil oleh penggiat industri pelancongan.

Katanya, penggiat industri perlu melakukan anjakan minda untuk mengambil inisiatif perihal perkembangan semasa yang berlaku di Terengganu seperti penganjuran program serta acara pelancongan.


"Sudah sampai masanya penggiat-penggiat pelancongan harus berada dua langkah di hadapan dalam mendapat kelebihan kompetitif mendahului rakan niaga lain mendapatkan pelanggan.

"Inisiatif yang diambil oleh mereka ini secara tidak langsung dapat dimanfaatkan melalui penjualan pakej-pakej pelancongan berdasarkan kepada minat pelanggan terhadap program dan acara yang dianjurkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Meraikan Peserta Matta Familiarisation Trip Ke Terengganu di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.



Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak.

Dalam ucapannya juga, Tengku Zaihan berharap agar wujud kolaborasi antara kerajaan negeri serta badan-badan NGO pelancongan bagi membolehkan penjanaan industri tersebut lebih mampan, bersepadu dan telus.

Program anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang berlangsung selama tiga hari bermula 27  Julai lalu telah melibatkan 22 orang peserta.

No comments: