Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penderitaan Muhammad Bilal Dapat Perhatian Tabung Darul Iman

YB Roslee mendengar cerita daripada Muhammad Bilal sambil diperhatikan ibunya Wan Hayati


Penderitaan seorang anak muda, Muhammad Bilal Muhammad Ariffin,27, yang menghidapi 'Spinabifida' sejenis penyakit saraf tulang  belakang sejak dilahirkan mendapat perhatian kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman (TDI)

Beliau yang tinggal di Kampung Pulau Serai menerima sumbangan lampin pakai buang bagi meringankan bebanan keluarga.

Selain penyakit saraf, Muhamad Bilal juga mengalami masalah buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan cucian empat kali seminggu.

Katanya, disebabkan  masalah itu,dia terpaksa berhenti belajar di Politeknik Dungun dan hanya sempat menghabiskan satu semester sahaja.

"Namun semua itu tidak pernah membuatkan saya putus asa,saya masih ada kudrat dan saya gunakan kudrat yang ada untuk mencari sedikit pendapatan bagi membiayai kos perubatan termasuk keperluan lampin pakai buang.

"Saya terpaksa memakai lampin pakai buang sebab saluran pembuangan najis dan saluran kencing saya tidak berfungsi dengan baik walaupun pernah membuat pembedahan dulu,"kata Muhammad Bilal ketika ditemui Teganukita selepas Majlis Penyerahan Bantuan TDI Peringkat Parlimen di hadapan Pejabat Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.

Menurutnya kos lampin pakai buang memang tinggi ditambah lagi dengan kos rawatan untuk penyakit sampingannya yang lain.

"Sejak lahir sehingga sekarang,saya dah lalui lima pembedahan termasuklah membentuk saluran pembuangan najis dan menerima pelbagai rawatan.

"Saya banyak buat permohonan untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban saya tapi gagal sehinggalah berjumpa dengan Wakil Rakyat Bukit Besi,YB Roslee yang cukup prihatin.

"Pada hari ini saya mendapat bantuan lampin pakai buang daripada TDI dan cukup memberi kelegaan kepada saya dan ibu,"ujarnya lagi.

Muhammad Bilal kini menjual nasi lemak di Bandar Dungun berhampiran muzium sebagai sumber pendapatan dan dibantu oleh adiknya Fatin Nadira Muhammad Ariffin,23,yang sanggup berkorban untuk meneruskan pengajian di luar negara.

Fatin kini belajar secara pengajian jarak jauh(PJJ)kerana tidak sanggup melihat abangnya keseorangan bekerja dan demi kasih sayang seorang adik,beliau melupakan impiannya menyambung pelajaran di luar negara.

Menurut ibunya Wan Hayati Wan Hamid,55,dia juga terpaksa berhenti kerja dan mencari rezeki sebagai pengusaha kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai.

"Nak buat macam mana,sebagai ibu saya tak sanggup biar anak saya seorang diri,biarlah pengorbanan ini memberi sedikit sinar kepada Bilal.

"Saya juga terpaksa bertabah sebab suami saya disahkan menghidap ketumbuhan dalam kepala dan saya seorang diri terpaksa memikul tanggungjawab menanggung keluarga ini sekarang.

"Bila YB Roslee menolong saya dengan bantuan TDI, Allah sahaja yang tahu perasaan di hati ini....syukur sangat-sangat sebab akhirnya ada pemimpin yang cakna akan masalah kami ni,"kata Wan Hayati dalam keadaan sebak.

No comments: