Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pas Sekadar Janji Dalam Manifesto, BN Sudah Lama Melaksanakannya - Ahmad Razif

Ahmad Razif menikmati hidangan yang disediakan di Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Marang, di Dewan Sivik Binjai Rendah, Marang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meniru manifesto Pas yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu mengotakannya, sedangkan Kerajaan BN terbukti melaksanakannya demi membela nasib rakyat yang memerlukan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

“Terpulang kepada mereka, soalnya pada hari ini mereka baru berjanji (manifesto) tetapi kerajaan negeri (Barisan Nasional) sudah melaksanakannya. Tahun lepas sudah keluar kenyataan saya dalam akhbar Utusan Malaysia sendiri menyatakan rancangan yang kita hendak buat, sedangkan kenyataan kita tahun lalu sebelum manifesto yang Pas lancar lagi. Jadi soalnya pada hari ini, kita tidak payah berbalah mengenai perkara ini. Tidak timbul siapa tiru siapa,"katanya kepada media di Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Marang di Dewan Sivik Binjai Rendah, marang, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai kenytaan Ketua Penerangan Pas Negeri, Mohd Nor Hamzah yang mendakwa kerajaan negeri menabur janji manis Pilihan Raya Umum ke-14 dengan mengumumkan tawaran permohonan 5,900 lot tanah kosong untuk pembinaan rumah kediaman.

Majlis Aidilfitri itu dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang.



Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, agenda dan keutamaan masa kini adalah membantu rakyat serta melaksanakan perkara yang baik untuk kepentingan masyarakat termasuk menyediakan kemudahan perumahan dan tanah kepada yang berkelayakan supaya dapat memiliki kediaman sendiri.

“Saya meminta kepimpinan pembangkang supaya sama-sama memberi idea yang baik bagi membantu kerajaan kerana itu yang lebih baik kerana soalnya sekarang bagaimana kita mahu membantu rakyat dan inilah yang sedang Kerajaan BN laksanakan.

“Bagi saya tiada masalah, mana-mana pihak yang ada idea dan juga cadangan yang baik supaya kemukakan kepada kerajaan, sebab itulah kerajaan negeri sekarang turun ke setiap  daerah  berasaskan prinsip inklusif untuk mendapatkan idea bagi pembentangan bajet untuk 2018 ,”katanya.



Menurut Ahmad Razif, rakyat yang berdaftar di bawah e-kasih dan menepati syarat pula hanya perlu membayar dengan kadar nominal RM100 dan seterusnya kerajaan akan membantu membina rumah menerusi program pembangunan rakyat termiskin (PPRT).

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga sudah membangunkan lebih 10,000 unit rumah mampu milik dan kesemuanya sudah diagihkan kepada pemohon yang layak.

Katanya, agenda menawarkan lot tanah itu juga sebagai kesinambungan daripada kebajikan dan bantuan menyediakan perumahan untuk rakyat, bagaimanapun kaedahnya ditransformasikan dengan menawarkan tanah supaya golongan yang berkelayakan dapat membina rumah dengan bantuan pelbagai agensi kerajaan seperti Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Perumahan Rakyat 1Malaysia di tanah berkenaan.  

 


No comments: