Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lukisan Mural Di Stesen Bas Lama Jadi Tarikan Baharu


Lukisan mural karikatur yang menghiasi bangunan di tapak stesen bas lama menjadi tarikan terbaharu di bandar ini sekali gus dapat menarik pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.

Projek inisiatif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan sentuhan kreatif empat seniman dikenali sebagai RR Squad (Red Rebel Squad) di bawah Kelab Belia Kreatif Bandar Kuala Terengganu (Mandalika).


Pengerusi Mandalika, Raja Badrudin Hakim, 30, berkata, lukisan tersebut dilakukan pada awal bulan Jun dan siap sepenuhnya pada 4 Julai lalu.

Katanya, mereka hanya mengambil masa sebulan untuk siapkan sebanyak 6 lukisandi belakang bangunan yang melibatkan 13 buah kedai di Jalan Banggol, Kuala Terengganu.

Menurutnya, idea ini telah dicetuskan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar yang meminta seniman Mandalika untuk menghiasi dan mencantikkan Bandar Kuala Terengganu.

“Lukisan bertemakan kebudayaan dan tradisional masyarakat Terengganu. Tujuannya untuk menarik minat pelancong bagi mengenali budaya-budaya di Terengganu menerusi lukisan mural ini.

“Saya berharap agar seni hias bandar dapat digiatkan lagi di Kuala Terengganu dengan memberi peluang kepada seniman khususnya anak seni Terengganu sendiri,” katanya.

Seorang peniaga gerai makan, Nasirewan Najmi, 29, berkata sejak wujudnya lukisan mural di kawasan tersebut, hasil jualan kedai makannya meningkat berbanding sebelum ini.

Katanya, pada waktu malam kawasan tersebut meriah dan tidak suram seperti sebelumnya ditambah dengan keceriaan kawasan yang berlatarkan bangunan berwarna-warni dan cerah.



“Suasana sekitar pada waktu malam tidak sunyi dan selalu ramai orang yang datang ke kawasan ini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan,”katanya.

No comments: