Laluan
di antara kilometer (km) 250 dan 305.9 di antara Jabor dan Kijal yang meliputi
sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur
2 (LPT2) akan ditutup sementara pada 22 Julai (Sabtu) ini bermula jam 5:00 pagi
hingga 2:00 petang bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal De’
Perasing Ride@LPT2.
Pengurus
Besar LPT2 Sdn Bhd, Husni Md Yusuf berkata, penutupan laluan Jabor-Kijal
tersebut juga membabitkan Persimpangan Bertingkat Cheneh dan Persimpangan
Bertingkat Chukai di LPT2.
“Orang
ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta merancang
perjalanan mereka sepanjang penutupan tersebut.
“LPT2
akan menggunakan pelbagai saluran untuk menghebahkan penutupan sementara
tersebut kepada orang ramai termasuk media elektronik dan media cetak, media
sosial, papan tanda elektronik, laman web, Twitter LPT2Trafik dan lain-lain
lagi,” jelas Husni.
Katanya,
orang ramai dari arah Kuala Lumpur yang ingin ke Pantai Timur dinasihatkan
supaya keluar dari Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor.
“Sekiranya mereka ingin meneruskan perjalanan
ke Kuala Terengganu dan Kelantan menerusi Lebuh raya LPT2, pengguna lebuh raya
dinasihatkan supaya masuk semula ke Lebuh raya LPT2 menerusi Plaza Tol Kijal,”
kata Husni.
Tambah
beliau, bagi kenderaan dari arah Kuala Terengganu yang menghala ke Kuala
Lumpur, mereka perlu keluar di Plaza Tol Kijal di Lebuh raya LPT2 sebelum masuk
semula ke Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor untuk meneruskan perjalanan
ke Kuala Lumpur.
Menurut
Husni, LPT2 juga bekerjasama dengan pihak polis dan pihak-pihak lain dalam
memastikan kelancaran trafik dan membantu orang ramai sepanjang tempoh
penutupan sementara tersebut.
“Laluan
di antara Jabor dan Kijal dijangka dibuka semula kepada orang ramai mulai jam
2:00 petang pada 22 Julai sejurus berakhirnya acara berbasikal tersebut,”
ujarnya.
0 komen: