Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kuala Terengganu `Bypass' Pendekkan Tempoh Perjalanan


Projek Kuala Terengganu Bypass  yang membabitkan kos RM321 juta yang dijangka siap pada awal 2019 dapat membantu mengurangkan kesesakan aliran trafik di sekitar kawasan bandar raya ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Abdul Hamid Mat Daud, berkata pembinaan laluan dari Simpang Tok Molor melalui Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung itu sekaligus akan mempercepatkan perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu tanpa melalui jalan sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu.

“Langkah itu dapat menjimatkan masa perjalanan kepada 30 hingg 40 minit berbanding  sekitar sejam sebelum ini pada waktu puncak,” ujarnya kepada Teganukita

Katanya, ia turut bakal memberi manfaat kepada penduduk terutamanya di kawasan Bandar Bharu Bukit Besar yang kini dalam proses dibangunkan.

“Untuk melengkapkan laluan baru ini, turut dibina adalah empat jambatan, dua Vehicular Box Culvert (VBC), ataupun laluan bawah, menaik taraf persimpangan Tok Molor dan persimpangan Tok Ku kepada jenis bertingkat, sistem perparitan, pembentungan, lampu jalan, lampu isyarat dan kelangkapan jalan lain.

“’Secara keseluruhannya, projek ini memakan belanja sebanyak RM321 juta, dan daripada jumlah itu, RM167 juta adalah merupakan kos kontrak manakala RM154 juta pula adalah untuk kos pengambilan tanah,”katanya.

Menurutnya, berkenaan soal pengambilan tanah ini, ia melibatkan 293 lot dan baki lot yang masih belum diambil adalah 22 lot.

“Sehingga masa ini, projek Bypass Kuala Terengganu ini sudah mencapai tahap kemajuan 22 peratus dan ini adalah 1.03 peratus lebih ke hadapan berbanding jadual sebenarnya.

“Ia dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2019, dan akan memberi manfaat kepada 70,000 orang penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan pembangunan Bandar Baru Bukit Besar,”katanya..


No comments: