Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Lulus RM40,000 Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran



Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM40,000 bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pengadang Baru, Kepong, Kuala Terengganu bagi membina kediaman baharu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan rumah mangsa Minah Endut, 62, akan dipercepatkan dengan memulakan kerja-kerja pembersihan pada Sabtu ini atau sebaik selesai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri membuat penyiasatan menyeluruh punca kejadian itu.


“Pembinaan rumah mungkin mengikut kehendak pemilik rumah dengan menggunakan peruntukan yang diagihkan.

“Saya menyerahkan perkara itu kepada Makcik Minah untuk mencari kontraktor yang bersesuaian bagi membina rumah baharu secepat mungkin,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian, petang ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.


Menurut Ahmad Razif, beliau turut terkesan dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kehilangan nyawa mangsa, Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31,  iaitu isteri kepada  Abdul Mukmin Ahmad, 35, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan kira-kira empat bulan lalu.

“Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berlaku, apatah lagi sekarang ini musim panas,”katanya.

Sementara itu, Minah berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar kerana sanggup turun padang mendengar kisah malang mereka sekeluarga dan memahami situasi rakyat yang sedang ditimpa musibah sekali gus meluluskan RM40,000 untuk mereka membina rumah baharu.


Katanya, dia akan mendapatkan kontraktor bersesuaian untuk membina semula rumah di tapak yang sama secepat mungkin untuk mereka sekeluarga berteduh dan memulakan hidup baru selepas kejadian itu.

“Buat sementara waktu, saya bersama Abdul Mukmin akan mendiami rumah anak yang tidak jauh dari sini," katanya yang mempunyai 14 anak dan Abdul Mukmin anak yang ketujuh.


No comments: