Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kekal Imej Baik Jemaah Haji Malaysia- Jailani


Jailani (tengah) bersama beberapa barisan urusetia Program Haji Khas Perdana Menteri. Foto oleh Haris Fadzillah Abu Kasim

Jaga nama baik Malaysia dan berilah tumpuan kepada ibadat haji serta bantu-membantu satu sama lain, kata Pengerusi Program Khas Haji Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah.
Menurutnya, jemaah haji Malaysia memang terkenal dan diperakui sebagai jemaah yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan. 
Oleh itu kata beliau lagi, nama dan imej yang baik itu seharusnya dipertahankan oleh semua jemaah sampai bila-bila.


Beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Program Taklimat dan Kursus Pengukuhan Urusetia Haji, Program Khas Haji Perdana Menteri di Dewan Persidangan ICU, Aras 1, Blok Timur, Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Seramai 49 daripada 1,100 jemaah haji Program Khas Perdana Menteri dilantik sebagai urusetia yang diketuai Azaruddin Abd Rahman.
Manakala penulis selaku Ketua Editor Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu pula dipertanggungjawab sebagai Ketua/Pengerusi Media.


Sementara itu, penceramah khas, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam UiTM Shah Alam, Mohd Sirajuddin Siswadi Putera berkata, bakal haji hendaklah mendalami ibadat haji dengan lancar dan tepat melalui pembelajaran serta kursus di samping persiapan diri dengan persediaan yang sewajarnya.

No comments: