Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kami Sayang dan Rindu Saleem, Dari Jauh Kami Mendoakan - Mohalim Iklim



Kenangan bersama Iklim dan Saleem tidak mudah untuk dilupakan - Mohalim (bekas Gitar Bass Iklim), kata Mohalim@ Mohd Salim (bass guitar).
“Kami sayang dan sentiasa ingat dan kenangkan Saleem kerana kenangan sewaktu bersama-sama dalam kumpulan Iklim tidak pernah dilupakan,”
"Kami akan cuba berpakat dan mengesan rakan-rakan sekumpulan yang lain untuk menziarahi bekas Vokalis Iklim ini  yang kini masih dirawat di Pusat Pakar, Hospital Universiti dalam masa terdekat, katanya yang amat sedih mendengar berita mengenai Saleem yang kini sakit dan dirawat dihospital.
Mohalim ketika ditemui di Kuala Terengganu berkata, kenangan bersama Saleem sejak 1988 di zaman awal-awal kemunculan kugiran yang popular berasal dari Terengganu itu, tidak mudah untuk dilupakan.

Antara ahli kumpulan mereka waktu itu (1989), ialah:
• A.M Saleem Abdul Majid (Saleem) – vocalist
• Umarul – electric & acoustic guitar
Huzali- keyboardist
• Mohd Salim (Mohalim) – bass guitar
• Kamaruddin (Kama) – drums
Saleem sebelum ini dimasukkan ke wad pemantauan telah dipindahkan ke wad biasa, Pusat Pakar Universiti Kebangsaaan Malaysia (PPUKM) yang lebih privasi sejak Rabu lalu.
"Saleem dipindahkan ke wad biasa selepas doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih. Tapi selepas itu kami tukar lagi ke bilik yang lebih privasi supaya dia dapat rehat dengan secukupnya.
Saleem dimasukkan ke PPUM pada 4 Julai lalu akibat demam panas hampir sebulan.
Ruslan: Mengapa tidak boleh dilupakan?
Mohalim: Iklim adalah zaman kegemilangan kami dalam lagu-lagu Rock Balada
(slow rock).

Ruslan: Setakat ini rakan-rakan sekumpulan yang boleh berhubung antara satu sama lain.
Mohalim: Kami sentiasa berhubung- Umarul ( di Bangi Selangor), Huzali (Wangsa Maju). Mereka masih lagi teribat dalam muzik di sana. Kama masih di Terengganu sebagaimana saya.

Ruslan: Adakah mereka ini tahu Saleem sedang dirawat?
Mohalim: Saya telah memberitahu kawan kawan di Kuala Lumpur untuk pergi lawat Saleem. Buat masa ini saya dan Kama belum dapat pergi kerana saya kebetulan masalah ahli keluarga yang kemalangan jalanraya. Namun dari jauh saya sentiasa mendoakan agar Saleem kembali sembuh.

Ruslan: Adakah kemungkinan boleh mengadakan konsert kenangan Iklim selepas ini.
Mohalim: Boleh jika ia mampu diurus secara profesional dan saksama. Tetapi buat masa ini masing-masing bergerak secara solo. Saya bersama Kombo RTM Kuala Terengganu.


Ruslan: Apa nasihat kepada Saleem?
Mohalim: Rajin-rajinlah makan ubat dan berdoalah selalu kepada Allah. Semoga Allah merahmati kita dunia dan akhirat. Yang lalu biarlah berlalu, kepada Allah kita panjatkan doa dan keampunan.

No comments: