Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jelajah Beautiful Terengganu Di Mydin Bukit Mertajam 4 Hingga 6 Ogos Ini

Tengku Zaihan (kanan) menerima cenderamata berupa koleksi gambar-gambar menarik negeri ini dari Wan Sufian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Kali Ke 28 dan Jamuan Raya Aidilfitri di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail

Kerajaan negeri akan menganjurkan Jelajah Beautiful Terengganu di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 4 hingga 6 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri II, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, penganjuran Jelajah Beautiful Terengganu kali ini menyasarkan pelancong dari dalam dan luar negara di utara tanah air.

“Selain pelancong tempatan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, kita turut menyasarkan pelancong luar negara yang memasuki pintu tanah air melalui sebelah Padang Besar, Bukit Kayu Hitam supaya mengenali dengan lebih dekat lagi keunikan, keindahan dan juga tarikan pelancongan yang ada di negeri Terengganu,” ujarnya.


Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Kali Ke 28 dan Jamuan Raya Aidilfitri di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Wan Sufian Wan Ishak.

Menurut Tengku Zaihan, impak Jelajah Beautiful Terengganu yang diadakan sebelum ini cukup besar dalam meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Penganjuran program di Dataran Merdeka pada 2015, Johor Bahru dan Singapura pada tahun lepas, telah memberi impak positif dimana kehadiran pelancong khususnya daripada selatan tanah air telah meningkat.

“Sebab itu, pada 4 hingga 6 ogos nanti akan diadakan pula Jelajah Beautiful Terengganu di Pulau Pinang dimana akan melibatkan 24 usahawan negeri ini yang akan mempromosikan destinasi pelancongan, keindahan flora fauna, kebudayaan, makanan tradisional dan pelbagai keunikan negeri ini,” ujarnya.

Katanya, masih mengekalkan konsep yang sama seperti sebelum ini, penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama daripada pihak swasta termasuk Mydin dan tidak bergantung seratus peratus kepada kerajaan.

No comments: