Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jabatan Farmasi HSNZ Sedia Perkhidmatan Ambil Ubat Dengan Cepat dan Dekat Dengan Pesakit

Dr. Nor Azimi (kanan) bersama Ruzita Awang menunjukkan risalah Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi.
 Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyediakan Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu yang memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan di fasiliti yang berhampiran dengan kediaman pesakit.
Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi itu dilaksanakan seawal 2009 diteruskan dengan Perkhidmatan Telefon dan Ambil, SMS dan Ambil, Kad Temujanji dan Pandu Lalu sekitar 2010.
Ketua Jabatan Farmasi, Ruzita Awang berkata, perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi merupakan satu perkhidmatan berinovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan dan mempercepatkan pengambilan bekalan ubat susulan bagi pesakit yang menggunakan ubat untuk jangka panjang melebihi sebulan.
Katanya, sebelum ini pesakit perlu hadir ke farmasi dan menunggu setiap bulan untuk mendapatkan bekalan ubat susulan sehingga preskripsi tamat tempoh.
“Dengan adanya perkhidmatan ini, pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat susulan melalui Sistem Temujanji. Ini kerana, pesakit hanya perlu membuat temu janji dan mengambil ubat pada masa yang telah ditetapkan pada kad temujanji.


Bagi Perkhidmatan Pandu Lalu pula, pesakit hanya perlu ke kaunter Farmasi Pandu Lalu yang terletak di Bangunan Hadapan Klinik Rawatan Harian di HSNZ.
Tambahnya, pesakit hanya perlu berdaftar sebagai pesakit pandu lalu untuk mengambil bekalan ubat di Farmasi Pandu Lalu, kebiasaannya bekalan ubat disediakan lebih awal dari tarikh temujanji.
“Selain daripada itu, pihak farmasi turut membuat Perkhidmatan Tambah Nilai Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UPM1M). Oleh itu, pesakit tidak perlu datang ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.
“Semua Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang disediakan adalah percuma kecuali Perkhidmatan UMP1M. Kos penghantaran ditanggung oleh pesakit dan ianya bergantung kepada destinasi dan berat bungkusan yang dihantar,"katanya.
Sementara Pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus dalam ucapannya sebelum itu berkata Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi banyak membantu pesakit untuk menjamin kesinambungan bekalan ubat, mengurangkan masa menunggu dan menjimatkan kos perjalanan. Disamping itu, tahap kepuasan pelanggan juga turut meningkat.
“Masyarakat khususnya warga Terengganu amat wajar untuk mengetahui bahawa HSNZ memberi kemudahan kepada pesakit-pesakit mereka setaraf dengan Hospital di negeri lain.
“Saya berharap dengan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini dapat membantu menaikkan tahap kesihatan pesakit dan meningkatkan kualiti hidup rakyat secara amnya,"katanya.

No comments: