Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Glosari Dialek Hulu Terengganu Dibukukan


Mohd Zubir (dua kanan) menunjukkan buku Glosari Dialek Hulu Terengganu selepas melancarkan buku tersebut di Majlis Rumah Terbuka Orang Kuala Berang di Plaza Rahmat, Kuala Berang, semalam.  Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail

Glosari Dialek Hulu Terengganu buat pertama kalinya dilancarkan sebagai bahan rujukan mengenai keunikan bahasa yang terdapat di daerah ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, berkata sebagai bekas pendidik, beliau menyarankan supaya rujukan yang lebih hebat kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) sebagai satu usaha memartabatkan bahasa tempatan yang boleh dibanggakan.

"Sebenarnya bahasa tempatan ini sangat unik dan boleh dibanggakan. Kita boleh tanamkan supaya bila Orang Kuala Berang (OKB) bercakap...semua orang akan tau itu adalah OKB.

"Jadi saya puji dan teruja dengan wujudnya glosari ini, jadi teruskan usaha supaya generasi akan datang mengenal khazanah ini," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Buku Glosari ini di Majlis Rumah Terbuka Orang Kuala Berang di Plaza Rahmat, Kuala Berang, semalam.

Glosari tersebut merupakan hasil penyelidikan hampir setahun di bawah satu jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail.

Beliau turut dibantu oleh guru-guru daripada Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HUTECS), beberapa sekolah lain termasuk Pengerusi J3K daripada lapan mukim iaitu Tanggol, Kuala Berang, Hulu Berang, Hulu Telemong, Jenagor, Penghulu Diman, Kuala Telemong dan Tersat.

Buku siri pertama berkenaan mengandungi 568 patah perkataan dialek Hulu Terengganu yang unik siap dengan terjemahannya dicetak sebanyak 2000 naskah sebagai permulaan.

Sementara itu, menurut Jalaluddin, usaha ini akan diteruskan dengan kajian mencari perkataan baru untuk edisi seterusnya.

"Terdapat banyak lagi perkataan yang cuba kita kumpulkan dengan apa yang dilihat jadi kita akan teruskan usaha ini di samping hasrat untuk kumpulkan sebanyak mungkin sejarah Hulu Terengganu yang sebahagiannya belum tercatat dalam mana-mana buku.

"Contohnya bagaimana seorang Sultan Terengganu terdahulu pernah bermalam di Masjid Kampung Dusun selama beberapa minggu semasa pendudukan Jepun.

“Perkara-perkara inilah yang akan kita kumpulkan termasuk asal usul nama kampung yang pelik di Hulu Terengganu seperti Kampung Telaga, Imam Lapar dan Nasi Dingin,"katanya lagi.

Jelasnya, keunikan ini akan dibukukan untuk menjadi satu khazanah yang bernilai kepada generasi akan datang.

No comments: