Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gangguan Bekalan Air Kepada 15 Ribu Pengguna Akibat Paip Pecah Di Loji Losong

Keadaan Jalan Di Kawasan Paloh Pada Pagi Tadi Akibat Paip Pecah Di Loji Losong 

Penduduk di kawasan Losong, Kuala Terengganu, disarankan untuk menadah air secukupnya berikutan paip pecah di Loji Losong pagi ini.
Walaubagaimanapun kerja-kerja membaik pulih kerosakan itu sudah dijalankan bermula jam 10 pagi dan dijangka selesai jam 5 petang ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ir. Atemin Sulong berkata, paip utama jenis simen asbestos (AC) itu sudah uzur berikutan berusia lebih daripada 63 tahun.
“Kebanyakan paip-paip ini sudah terlalu uzur dan ada antaranya telah dipasang sebelum merdeka lagi iaitu pada 1954,” katanya ketika meninjau kerja-kerja pembaikan di lokasi kejadian sebentar tadi.
Dalam pada itu, Atemin berkata, kerja-kerja menaik taraf saluran paip yang rosak dan uzur di Kuala Terengganu sedang berjalan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020 dengan kos keseluruhan RM700 juta.
“Kita sedang berusaha menggantikan paip-paip lama di daerah ini termasuklah menaik taraf Loji Losong ini dengan kos RM100 juta,” katanya.
Kejadian itu menyebabkan seramai kira-kira 15,000 penduduk mengalami gangguan air.
Antara kawasan yang mengalami masalah tersebut ialah melibatkan seluruh Durian Burung, Paloh, Sungai Rengas, Pulau Musang, Losong, Pulau Rusa dan sekitar.
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd menyediakan lori tangki untuk kawasan gangguan bekalan sebarang aduan boleh menghubungi SATU Carelines di talian : 1300882111.

No comments: