Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Galak Kontraktor Tempatan Maju Tasik Kenyir

Mohd Jidin ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W Putra

Kerajaan negeri menggalakkan kontraktor tempatan turut serta dalam memajukan Tasik Kenyir demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, setakat ini terdapat beberapa pulau dan juga daratan yang boleh dibangunkan di tasik tersebut. 

“Kerajaan negeri menggalakkan sesiapa yang mampu untuk sama-sama memajukan Tasik Kenyir. Setakat ini, ada beberapa pulau dan juga daratan yang boleh kita bangunkan.

“Kebiasaannya, tanah industri ini kita beri 60 tahun. Kalau perlu boleh dilanjutkan sampai 99 tahun dengan perundingan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua PKMM negeri, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Timbalan Presiden PKMM, Dato’ Wan Mohd Khalid Mohamad.

Menurut beliau, oleh kerana kekangan pendapatan, kerajaan negeri menggalakkan mereka (kontraktor) guna modal sendiri atau dengan cara kerjasama, asalkan boleh memaju dan memberi keuntungan kepada rakyat negeri Terengganu.

“Tidak kisahlah orang Terengganu (kontraktor) boleh bawa pelabur, kita mengalu-alukan, Walau bagaimanapun, beberapa tapisan kita buat supaya tidak menjejaskan kepentingan rakyat,” ujarnya.

Katanya, syarat yang dikenakan adalah terbuka seperti pelaburan biasa, tetapi beberapa syarat tertentu akan dikenakan setelah kawasan tapak itu dikenalpasti.

“Antaranya, samada kawasan tersebut kawasan hutan simpan, tanah lembap, tadahan air dan kawasan kepentingan kerajaan,” ujarnya.

No comments: