Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bakal Jemaah Perlu Peka Kadar Perayauan Bagi Elak Kerugian- Jailani



Bakal jemaah haji negara ini dinasihatkan agar sentiasa mendapat informasi tepat dan terkini mengenai kadar perayauan antarabangsa bagi mengelakkan membayar caj yang terlampau tinggi.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata kebanyakan orang ramai termasuk jemaah haji yang ke luar negara tidak menyedari hal ini kerana tidak mengetahui tarif sebenarnya perayauan antarabangsa.

Jelasnya, kerana kecuaian itu, mereka sentiasa mengaktifkan penggunaan panggilan dan data secara berterusan.

"Nasihat saya kepada semua pengguna telefon agar menyemak dahulu,pastikan yang mana sesuai kalau tak pasti tanya pihak yang berkenaan, kerana nanti kalau kita tersilap guna dan had yang dibenarkan oleh sesuatu kad itu habis digunakan dalam masa singkat.. jadi rugilah.

"Mungkin ramai bakal jemaah haji tidak tahu tentang caj ini dan bila pulang ke Malaysia,mereka terpaksa membayar harga yang tinggi malah boleh menyebabkan kerugian.

"Syarikat Komunikasi telah menyediakan pelbagai pakej perayauan antarabangsa  dalam negara termasuk di Tanah Suci dan para jemaah boleh merujuk kepada pegawai Tabung Haji yang bertugas di sana sekiranya mempunyai masalah berkaitan pakej atau sebagainya,"kata Jailani

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan bakal Jemaah Haji Parlimen Hulu Terengganu, Meraikan Pelajar-pelajar cemerlang PT3 2016 serta Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Teksi Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang hari ini.

Dalam majlis itu,seramai 171 bakal jemaah haji dari daerah Hulu Terengganu diraikan dan menerima sepasang kain ihram untuk lelaki,sepasang telekung untuk wanita serta wang tunai RM100.

Menurutnya,para petugas Tabung Haji juga membuka kiosk bagi menjual kad sim berdekatan hotel penginapan bagi memudahkan para jemaah bberkomunikasi dengan keluarga di Tanahair tanpa sebarang masalah.

Tambah Jailani lagi,pihaknya juga akan memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi utama di negara ini menyediakan pelbagai pakej murah bagi mempermudahkan para jemaah haji berhubung dengan keluarga di Malaysia.

Antara yang menawarkan perkhidmatan ini ialah celcom dan TM i-talk dengan pelan yang menarik dan tidak membebankan bakal haji untuk berhubung dengan keluarga di Malaysia.

"Kerjasama ini dilaksanakan bagi kemudahan jemaah haji agar lebih mudah berkomunikasi dengan keluarga dari Tanah Suci dengan tarif terbaik dan tidak membebankan pengguna.

"Celcom misalnya menawarkan pakej iaitu RM138 untuk satu minggu dengan 3GB panggilan tanpa had ke Saudi Arabia dan Malaysia.Ini termasuklah
perayauan antarabangsa dengan syarikat komunikasi Saudi seperti Mobily,Zain dan STC..dan untuk kemudahan para jemaah,saya syorkan langgan di Malaysia sebelum bertolak untuk kemudahan bersama,"kata Jailani.

No comments: