Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

A.RASHID NGAH HADIR WALAUPUN BERTONGKAT



Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir , Dato' Haji Abdul Rashid Ngah (berkupiah) turut hadir meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Besar, Dato ' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Permata Seberang Takir semalam 1 Julai (7 Syawal), walaupun kelihatan bertongkat.
Kehadirannya walaupun bertongkat (kesungguhan usaha untuk hadir) memberi makna yang besar sebagai menyokong dan merangsang kepemimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir.
Dato' Abdul Rashid merupakan Adun Seberang Takir paling lama iaitu selama enam penggal berturut-turut (1974- 1999) dan merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu era Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
Semasa zaman Pas (1999-2004) beliau merupakan Ketua Pembangkang Dun Terengganu.
Abdul Rashid juga seorang sasterawan veteran yang pernah terkenal dengan novel 'Di bawah Alunan Ombak' dan antologi cerpen 'Pelita Sebuah'.
Novel terbaru dihasilkan tahun lalu ialah berjodol 'Ibu'.
Sesungguhnya kehadirannya dalam program yang dianjurkan oleh Ahmad Razif termasuk majlis berbuka puasa baru-baru ini merealisasikan sokongan dan pengiktirafan golongan veteran kepada Ahmad Razif sebagai Menteri Besar dan Adun Seberang Takir.

No comments: