Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ahli UMNO Kian Bersatu, Sedia Hadapi PRU14

Ahmad Razif memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini. Ftoto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail

Parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri ini sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ahli-ahli parti juga sudah bersatu dan tiada apa-apa isu dalaman yang masih berbangkit.

“Nampaknya, ahli-ahli BN dan UMNO begitu bersemangat apabila kita lihat program-program raya yang dianjurkan oleh parti pun mendapat sambutan di luar jangkaan kita.

“Ini menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan juga parti BN dan UMNO berada pada tahap yang maksimum,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas persediaan menghadapi PRU14 pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini.

Ahmad Razif berkata, beliau berkeyakinan penuh bahawa tidak ada lagi isu dalaman parti BN dan UMNO di Terengganu dan seluruh kepimpinan serta ahli UMNO negeri ini juga sudah bersiap-sedia menghadapi PRU14.

Sementara itu, beliau berkata persidangan peringkat bahagian di negeri ini akan bermula Ogos ini.

“Baru-baru ini sahaja kita telah selesai mengadakan persidangan di peringkat cawangan-cawangan dan amat mengagumkan kerana sebahagian besar lebih daripada 98 peratus cawangan berjaya mengadakan mesyuarat.

“Cuma ada beberapa cawangan yang tidak dapat adakan mesyuarat disebabkan sebahagian daripada ahli puteri telah melebihi had umur dan telah pergi kepada wanita dan menyebabkan bilangan sesetengah cawangan itu tidak cukup dan tidak boleh mengadakan mesyuarat,” ujarnya.

Katanya, walau bagaimanapun ianya tidak menjadi masalah kepada parti kerana kes itu sangat kecil berbanding semangat yang menakjubkan daripada ahli-ahli cawangan yang menghadiri mesyuarat peringkat cawangan walaupun tiada pemilihan.

No comments: