Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

2,548 Individu Dari Terengganu Terpilih Tunai Haji





Seramai 2,548 bakal jemaah haji dari Terengganu, termasuk mereka yang terpilih melalui Program Khas Haji Perdana Menteri akan berlepas ke tanah suci Mekah secara berperingkat- peringkat  mulai 9 ogos ini.

Jumlah itu bertambah berbanding tahun lalu yang membabitkan 1,327 jemaah.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kuota haji Terengganu bertambah hampir setiap tahun di mana pada 2014, pihaknya dapat menghantar 631 jemaah, 832 jemaah pula pada 2015.

Katanya, pertambahan kuota haji membolehkan kerajaan negeri dapat menghantar 200 penjawat awam yang memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari 2014 hingga 2017.

"Sebanyak enam penerbangan terus disediakan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus ke Jeddah bermula 9 hingga 12 Ogos.


"Melihat keadaan itu membuktikan hubungan baik Lembaga Tabung Haji dan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab sentiasa erat, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Saguhati Bawah Program Khas Haji PM, di  Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini

Ahmad Razif turut memberitahu, semua bakal haji dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan membawa bekalan ubatan ke tanah suci.

" Mereka yang terlibat perlu mengikuti arahan pihak tabung haji dan tidak sesekali menimbulkan sebarang provokasi termasuk sentimen politik ketika berada di sana," katanya.

No comments: