Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

180 Kanak-Kanak Tabika Kemas Serlah Potensi

MB dan isteri bergambar bersama kakitangan serta kanak-kanak Tabika Kemas Kuala Nerus. Foto oleh Zulkipli Putra
Seramai 180 kanak-kanak Tabika Kemas di Kuala Nerus berpeluang menunjukkan bakat, kebolehan, mengembangkan minat dan kreativiti di peringkat awal usia menerusi pelbagai acara sukan sempena Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Kuala Nerus 2017.
Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, beliau berbangga dengan komitmen dan potensi golongan cilik itu sekali gus dapat memupuk nilai-nilai murni, keyakinan diri, kecergasan serta ketangkasan fizikal kanak-kanak berkenaan.
“Program seperti ini dapat memberi ruang kepada ibu bapa dan masyarakat untuk melihat, mengenal pasti potensi dan perkembangan diri kanak-kanak dari aspek sosio emosi, intelek fizikal dan rohani,”katanya di Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Kuala Nerus 2017, di Kampung Baru, Seberang Takir, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Sementara itu, Pengarah Kemas Negeri Terengganu, Dr. Faridah Mat berkata, hari potensi dijadikan sebagai aktiviti ko-kurikulum tabika secara tahunan dan melibatkan tiga peringkat iaitu daerah, negeri dan juga kebangsaan.

“Dengan program yang diadakan ini kita dapat melihat bakat yang ditonjolkan oleh kanak-kanak tabika untuk diketengahkan dan berharap agar Parlimen Kuala Nerus dapat menjadi johan dalam acara peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan oktober nanti.
“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar kerana sempat hadir untuk beramah mesra bersama kanak-kanak tabika kemas Kuala Nerus walaupun jadual beliau begitu padat”, katanya.

Tujuh acara sukan yang diadakan ialah futsal, gerak kreatif, bola jaring, larian perseorangan, larian merentasi halangan dan “Rounders” melibatkan empat DUN Kuala Nerus iaitu Seberang Takir, Bukit Tunggal, Tepuh dan Teluk Pasu.
Juara keseluruhan dimenangi oleh DUN Tepuh, manakala seni hias khemah dan perbarisan dimenangi oleh DUN Seberang Takir.





No comments: