Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UniSZA, Pelancongan Agih Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai


Sukarelawan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai

Tradisi memasak dan menyediakan juadah bubur lambuk secara bergotong-royong yang diamalkan sejak 2015 diteruskan Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu pada tahun ini.

Melalui program itu, sebanyak 800 bekas bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya dan 600 bekas lagi untuk jemaah Masjid UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus.


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA, Prof. Dr. Nik Wan Omar berkata, lebih 100 sukarelawan termasuk penduduk setempat terlibat menjayakan program  tahunan itu.

Katanya, mereka bersama-sama menyediakan ramuan dan memasak lima kawah makanan tradisi yang menggunakan beras dan ikan masing-masing dengan anggaran 100 kilogram, ayam dan pelbagai jenis ulaman kampung sejak jam 8 pagi.

“Penganjuran program tahunan ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara masyarakat kampung, pelajar dan juga penggiat industri pelancongan, selain menghidupkan kemeriahan bulan Ramadan,”katanya.


No comments: