Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMT Hargai Media Sempena Kedatangan Syawal



Dato' Muda Mamat (dua dari kiri ) bergambar bersama Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aieni Mokhtar sempena kunjungan ke UKOM, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meneruskan tradisi setiap tahun mengunjungi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini sebagai menghargai kumpulan pengamal media yang banyak membantu mempromosikan institusi itu, bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain UKOM, institusi pendidikan ulung di negara ini juga turut mengunjungi media lain, termasuk agensi di bawah Media Prima, Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan Bernama.

Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, menerusi pendekatan strategik itu, secara tidak langsung boleh merapatkan hubungan antara UMT dengan pengamal media yang berupaya menaikkan imej kedua-dua pihak dan mencapai misi penubuhan masing-masing.

"UMT sangat menghargai peranan media dan banyak manfaat yang kita perolehi daripada hubungan baik dan sedia terjalin ini. Oleh sebab itulah kita mengambil kesempatan pada bulan Syawal yang bakal menjelang ini untuk bertemu mata dan menyampaikan sedikit cenderahati sebagai penghargaan kami kepada media,"katanya.



Sementara itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat, berkata pihaknya berbesar hati menerima kedatangan pengurusan  UMT yang diketuai Nor Aieni sendiri kerana sudi meluangkan masa walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan rasmi jabatan.

"Saya berharap hubungan baik yang terjalin sejak dahulu lagi dikekalkan bukan sahaja bersama UKOM malah media cetak dan alternatif yang lain dalam menyalurkan berita yang memberi faedah kepada semua pihak, masyarakat dan juga negeri khasnya,"katanya.


Turut hadir, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir.


No comments: