Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tradisi Pasang Pelita Raya Terus Subur Di Padang Hangus


Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan elektrik suatu masa dahulu.

Bagi penduduk Kampung Padang Hangus di Tepoh, Kuala Nerus, hampir seluruh masyarakat kampung menantikan 10 malam terakhir Ramadan bagi menghiasi cahaya pelita di sekeliling rumah mereka.


Malah, sejak 17 tahun lalu penduduk kampung itu tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan pelita raya yang diadakan setiap tahun bagi memeriahkan suasana hari raya di kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Hangus, Mat Lazin Maska berkata, sebanyak 50 buah keluarga mengambil bahagian dalam Pertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, tahun ini.

Katanya, peserta yang mengambil bahagian kebanyakannya tidak mengejar hadiah utama yang ditawarkan tetapi lebih kepada semangat menyuburkan tradisi masyarakat kampung dahulu selain komitmen sokongan terhadap program yang dianjurkan kerajaan negeri.
Katanya, setiap peserta yang mengambil bahagian menggunakan antara 200 hingga 500 biji pelita dalam pelbagai bentuk untuk menghiasi kediaman menggunakan kreativiti masing-masing.
“Malah, mereka bukan sahaja sekadar memasang pelita namun mencipta pelbagai kelainan dengan membina pelbagai bentuk replika yang menjadikan suasana kampung cukup meriah.
“Pelbagai bentuk replika dibuat sendiri oleh penduduk  dan mereka awal-awal lagi mencari buluh, tempurung dan tin kosong untuk tujuan tersebut,” ujarnya.

Menurut Mat Lazin, penduduk kampung juga bergotong-royong membina replika unik seperti pintu gerbang, masjid, basikal, wau dan pelbagai lagi menjadikan kampung tersebut cukup meriah dengan gemerlapan cahaya.
Katanya, segala kos ditanggung sendiri oleh setiap penduduk dan mereka tidak merasa terbeban dengannya disebabkan tradisi itu sudah sebati dalam diri mereka dan menjadi lambang kesepakatan penduduk kampung.
“Kebanyakan penduduk kampung ini menggunakan minyak diesel bagi menghidupkan pelita berbanding minyak tanah kerana ianya lebih tahan lama dan sukar untuk padam walaupun hari hujan,” ujarnya.

No comments: