Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Teruskan Aktiviti Rondaan Di Bulan Syawal


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu meminta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) meneruskan aktiviti cegah jenayah di musim perayaan termasuk pada Ramadan dan Syawal ini.

Pengarahnya, Burhanuddin Daud berkata, tiada istilah cuti bagi aktiviti mencegah jenayah malah pasukan SRS digalakkan lebih banyak menjalankan aktiviti rondaan berbanding biasa.

"SRS di KRT ini penting kerana mereka lebih mengenali jiran tetangga dan antara satu sama lain dalam masalah sosial, kecurian dan sebagainya yang berlaku di sekeliling mereka.

"Sebab itu, di bulan Ramadan dan Syawal juga rondaan diteruskan secara lebih aktif," katanya kepada pemberita selepas menyertai program agihan bubur kacang anjuran Kasut You, baru-baru ini.

 Beliau berkata, perkara itu bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini dan juga kesempatan yang boleh diambil oleh mereka yang berniat jahat.

Selain itu, pihaknya juga ingin mengingatkan kepada pemastautin di negeri ini yang mahu pulang berhari raya agar mengisi borang atau memaklumkan di balai polis berdekatan.

"Sebelum ini, JPNIN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan borang balik rumah, rumah selamat kepada orang ramai dalam satu program.rondaan bersama di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

"Jadi, pemastautin yang ingin pulang berhari raya di kampung halaman, sila hantar borang yang diedarkan itu ke balai polis berdekatan.

No comments: