Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sedia Bas Percuma Mahasiswa Balik Raya


Kerajaan negeri melalui Persatuan Permata Anak Terengganu (Permata) meneruskan tradisi menyediakan bas pulang beraya ke Terengganu secara percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi pada 23 Jun ini (Jumaat).

Yang DiPertua Permata, Mohd Kamaruzaman Jusoh berkata, sebanyak lapan bas yang disediakan untuk membawa anak-anak Terengganu pulang beraya ke kampung halaman masing-masing menerusi beberapa zon.

“Kami berbesar hati untuk membantu para pelajar untuk pulang ke kampung halaman dan meringankan beban pelajar untuk membeli tiket.

''Walaubagaimanapun, sambutan tahun ini tidak begitu menggalakkan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas kerana ramai pelajar yang pulang beraya lebih awal ke kampung halaman,"ujarnya.

Beliau berkata, tempat berkumpul bagi mahasiswa yang belajar di zon utara Penang, Kedah dan Perlis adalah di Stesen Bas Sintok, Kedah. Bagi zon selatan, Johor dan Malaka, perlu berkumpul di Skudai Johor.

“Manakala, zon tengah 1, Kuala Lumpur & Selangor di Jalan Chowkit dan zon tengah 2, Negeri Sembilan, PJ, Dengkil dan Sepang pula mereka perlu berkumpul di Seremban 3, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Katanya, bagi Zon Selatan dan Zon Utara, waktu bertolak dari kawasan masing-masing ialah pada pukul 5 petang. Manakala bagi Zon Tengah 1 & 2 akan bertolak pada pukul 9 malam.
Ini kerana, Permata ingin memastikan semua bas akan tiba pada pukul 5 pagi dan mereka akan bersahur bersama di bangunan Yayasan Terengganu.

No comments: