Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Bayar Bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Pintar Al-Quran


Ghazali bersama bekas qari dan qariah selepas Majlis Majlis Apreasiasi Gema Wahyu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.  

Terengganu memperuntukkan RM765,600 sebagai bayaran bonus perayaan Aidilfitri kepada 1,532 guru khidmat masyarakat dan 190 guru pintar al-Quran di seluruh negeri ini.

Berdasarkan jumlah itu, seramai 1,055 guru khidmat masyarakat yang berkhidmat melebihi 10 tahun layak menerima RM500 dan selebihnya iaitu 477 orang di mana perkhidmatannya kurang daripada tempoh sembilan tahun dibayar RM300.

Manakala seramai 190 guru pintar al-quran turut layak menerima RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata kerajaan negeri tidak melupakan jasa qari dan qariah yang pernah mengharumkan nama Terengganu di peringkat kebangsaan dan luar negara.

Katanya, oleh itu, sebanyak RM16,000 diperuntukkan untuk lapan  qari dan qariah bagi tujuan itu. Setiap individu layak memperoleh RM2,000 beserta sijil penghargaan serta plak anugerah.

“Mereka yang disenaraikan adalah Dato’ Rogayah Sulong, Mohamad Awang Teh, Sepiah Mohamad, Maznah Awang, Aminah Omar (allahyarhamah), Daud Che Man (allahyarham), Embat @Siah Mat Amin dan Ahmad Termizi Ali.

“Untuk mencapai kejayaan ke tahap ini bukanlah suatu perkara mudah, kerana perlu disertai dengan kesungguhan, keikhlasan dan komitmen yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apreasiasi Gema Wahyu dan Bayaran Bonus Guru-Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran 2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Ghazali berkata, tradisi membaca al-Quran perlu dipertingkatkan kepada kebolehan bidang tarannum khususnya di samping bimbingan ke arah untuk mendalami isi kandungan al-Quran.

“ Saya percaya dan keyakinan penekanan budaya cakna dan celik al-Quran akan melahirkan ummah berketerampilan, berketahanan dan mempunyai jati diri,”katanya.





No comments: