Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Agih Lebih 100 Kategori Bantuan Kepada Rakyat



Razif mengagihkan sumbangan duit raya kepada anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kuala Nerus di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus, petang semalam. foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Terengganu boleh dianggap sebagai negeri yang menyediakan sumbangan tertinggi berbanding negeri lain apabila lebih 100 kategori bantuan diagihkan kepada rakyat yang memerlukan pada setiap tahun.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, senarai bantuan itu belum termasuk peruntukan daripada Kerajaan Pusat, agensi berkaitan dan anak syarikat kerajaan negeri.

Katanya, bantuan diberi kepada rakyat sejak lahir sehingga meninggal dunia, contohnya bantuan untuk bayi yang baharu lahir, bantuan hemodialisis, membaiki rumah dan bantuan Tabung Darul Iman untuk pesakit kronik.

“Bagi mereka yang ditimpa musibah banjir dan kebakaran pula dibantu dengan agihan dana bencana, baiki bumbung, baiki rumah dan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Tidak kurang juga bantuan melalui perkahwinan perdana, bantuan perayaan , Dana Bakti Remaja, bidang pendidikan dan keusahawan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kuala Nerus di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bazlan Abd Rahman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Ahmad Razif  juga tidak menolak jika semua kategori bantuan itu dikumpulkan, kemungkinan lebih 200 jenis bantuan dapat disenaraikan.

“Ada orang berkata, memang ini tugas  kerajaan untuk beri bantuan kepada rakyat, kenapa perlu diungkit.


“Jawapan saya, ya betul ini tugas kerajaan dan juga tugas Barisan Nasional (BN), kita sangat cakna dan prihatin dengan rakyat sehingga perkenalkan beratus jenis bantuan,” katanya.

Menurutnya, inisiatif yang dilakukan kerajaan BN dan tidak dilaksanakan oleh parti pembangkang bagi membela nasib rakyat ini perlu diuar-uarkan jentera parti dalam setiap majlis penerangan.

Tambahnya, Kerajaan BN memang sejak dari dahulu lagi membela nasib dan keperluan rakyat yang memerlukan dan tidak timbul isu kesemua bantuan itu sebagai gula-gula pilihan raya.

No comments: