Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Suasana Meriah Majlis Rumah Terbuka DUN Ajil



Meriah dan penuh riang,itulah suasana yang dapat digambarkan apabila hampir 13,000 orang hadir pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Ajil,Ghazali Taib.

Ghazali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia Dan Tugas-Tugas Khas berkata pada kali suasana kemeriahan cukup dirasai dengan kehadiran masyarakat setempat yang datang tanpa henti sejak jam 11 pagi hingga enam petang.

"Alhamdulillah…saya bersyukur ke hadirat Allah Taala, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini berjalan lancar dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan dengan kunjungan para tetamu dari jauh dan dekat.

"Ini merupakan salah satu kesan daripada pemberian dana raya dan Dana Transformasi Orang Muda(TOM)yang mana penerimanya dapat berbelanja dan membantu kewangan mereka dalam meraikan Aidilfitri kali ini.

"Malah dana ini memberi impak kekuatan ekonomi kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya apabila penerima berbelanja di tempat mereka.Saya lihat wajah-wajah keceriaan pada pengunjung yang hadir ke rumah terbuka saya pada hari ini,"katanya.

Ghazali berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka ADUN Ajil di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ajil,semalam.



Beliau turut mengagihkan baucer TOM kepada penerima yang belum mengambilnya di majlis yang sama.

Jelasnya lagi, hampir RM4.5 juta telah diperuntukkan bagi DUN Ajil dalam pembahagian Dana Raya dan Dana TOM melibatkan 11,790 penerima yang layak.

"Ini adalah daya usaha terbaik pihak kerajaan negeri yang meneruskan pembahagian dana ini demi membantu rakyat Terengganu yang layak dan amalan ini besar maknanya kepada masyarakat.Ianya perlu diteruskan demi kebaikan semua pihak,"kata Ghazali.

Majlis yang dijadual berlangsung jam 11 pagi hingga enam petang itu dimeriahkan oleh pengunjung yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kaum dengan semangat 1 Malaysia.

Turut kelihatan hadir pada majlis tersebut ialah pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar Hulu Terengganu dan beberapa orang kenamaan lain.

Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan Mat Over dan Ayie Lantana sambil menjamu selera.

Menurut seorang pengunjung Mohd Alias,56,yang bekerja di Melaka berkata ini merupakan acara wajib dia datang ke rumah terbuka ini apabila pulang beraya di kampung.

“Menu yang paling saya suka adalah kambing bakar . Walaupun orang beratur panjang saya tetap akan tunggu,” katanya.

Bagi seorang pengunjung lain yang berbangsa cina yang lebih suka dikenali sebagai Ah Teck, dia gembira kerana dapat bersama-sama dengan masyarakat melayu bagi meraikan sambutan hari raya dengan aman.

No comments: