Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Serikandi Ceriakan Aidilfitri 200 Pelatih PDK


Seramai 200 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ceria apabila diraikan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) di Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Sumbangan disampaikan isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria merangkap Yang Dipertua Serikandi.

Halina mengucapkan rasa syukur kerana dapat menjayakan program dan memberi bantuan bagi menceriakan anak-anak istimewa ini menjelangnya hari raya tidak lama lagi.

Beliau berkata, pada tahun lalu, badan itu meraikan pelatih di majlis berbuka puasa, manakala kali ini membuat sedikit kelainan dengan memberi sumbangan pakaian dan duit raya.

“Malah, pelatih boleh memilih sendiri pakaian raya yang mereka minat dan tertarik di Mydin Mall Gong Badak Kuala Nerus ini,” katanya.


Sementara Setiausaha Kehormat Serikandi, Datin Ayuni Abdul Razak berkata, sumbangan diberikan kepada 200 orang Pelatih PDK dari seluruh Terengganu melibatkan RM200 seorang.

"RM150 untuk pakaian raya dan RM50 duit raya. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban dan membantu pelatih untuk persiapan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi,"katanya.

Seorang penerima, Mohd Alif Firdaus, 7, mengucapkan terima kasih kepada Serikandi kerana memberi sumbangan pakaian dan duit raya berkenaan sekali gus menceriakan dia dan rakan pelatih yang lain.

"Duit ini akan disimpan dalam tabung untuk kegunaan apabila perlu nanti,”katanya.


No comments: