Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kakitangan Daya Urus Wisma Darul Iman Tidak Dilupakan

Ahmad Razif dan Halina bersama-sama dengan sebahagian kakitangan Daya Urus Wisma Darul Iman bergambar sejurus selesai pengagihan sumbangan hari raya. Foto - Harish Fadzillah Abu Kasim

Seramai 91 orang kakitangan Daya Urus Wisma Darul Iman menerima sumbangan duit raya RM200 dan hamper dari kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan dari kerajaan negeri atas segala khidmat dan bakti yang telah diberikan untuk pengurusan serta keindahan keseluruhan Wisma Darul Iman.

Ahmad Razif memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada kakitangan Daya Urus

Katanya, walaupun pekerjaan mereka ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak, kerajaan negeri tetap menghargainya kerana tanpa mereka, pentadbiran Wisma Darul Iman tidak dapat beroperasi dengan baik.

“Diharap dengan bantuan ini akan dapat menceriakan sambutan Hari Raya anda seisi keluarga”, katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Kakitangan Daya Urus, di Wisma Darul Iman.

Turut hadir isteri Ahmad Razif, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Sulit Kanan, Kamarul Al-Amin Ismail dan Pengurus Daya Urus Sdn.Bhd, Norizan Mohamad.
Gayah Ismail

Ahmad Razif juga menasihati golongan tersebut untuk terus berusaha menambah pendapatan sampingan serta tidak terlalu bergantung kepada bantuan yang diberikan oleh kerajaan sahaja.

Seorang penerima, Gayah Ismail, 31, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana tiap-tiap tahun tidak lupa untuk memberi sumbangan kepada kakitangan bawahan sepertinya.

“Dengan duit yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan untuk membeli pakaian anak-anak”, katanya yang telah menerima bantuan itu sejak empat tahun lalu.




No comments: