Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sedia Beri Bonus Lima Bulan Gaji, Namun Kebajikan Keseluruhan Rakyat Masih Diutamakan


Kerajaan negeri bersedia mengagihkan bonus raya kepada penjawat awam Terengganu sehingga lima bulan gaji.

Bagaimanapun, perkara itu hanya menguntungkan segelintir pihak, sedangkan masih ramai rakyat Terengganu yang perlu mendapat pembelaan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan yang besar berjumlah RM88.7 juta bagi bantuan dana raya lebih penting dan perlu disalurkan kepada mereka yang memerlukan, menyebabkan hasrat memberikan bonus lima bulan itu dibatalkan.

"Terengganu tidak boleh mengikut cara negeri lain yang mengumumkan bonus raya untuk dua atau tiga bulan kerana banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan


"Penjawat awam faham mengenai perkara ini dan mereka tidak mendesak kerajaan negeri untuk membayar bonus melebihi Kerajaan Pusat iaitu sebanyak RM500, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di perkarangan Masjid Zainal Abidin, Putrajaya, petang tadi.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.

Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan pemimpin politik.

Yang turut hadir, Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail dan lebih 10,000 anak Terengganu di Lembah Klang.

Menurutnya, tahun ini kerajaan memperuntukan  sebanyak RM88.7 juta kepada lebih 230,000 rakyat Terengganu yang berkelayakan.

" Peruntukan itu termasuk agihan kepada anak perantau yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

"Setakat ini, tiada negeri lain yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk rakyat bagi menyambut perayaan Aidilfitri,"katanya.

No comments: