Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sasar 1,000 Ejen Agro Bank Akhir Tahun Ini


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan untuk melantik kira-kira 1,000 ejen Agro Bank (AGROAgent) di seluruh negara sehingga penghujung tahun ini bagi memudahkan petani dan penternak menjalankan urusan berkaitan perbankan.

Menterinya, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, setakat ini Agro Bank melantik 700 ejen perkhidmatan itu di seluruh negara termasuk menerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan persatuan nelayan.

"Pelantikan ejen amat penting khususnya kepada penduduk kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang berdepan pelbagai rintangan pengangkutan bagi menjalankan urusan perbankan di bandar.

"Di Terengganu sahaja, sebanyak 41 wakil Agro telah didaftarkan untuk memberi perkhidmatan khusus kepada komuniti sejajar dengan peranan Agro Bank," katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis Berbuka Puasa Iftar Jama'ie bersama 1,500 penduduk sekitar Daerah Kemaman dan penyampaian sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada 500 golongan asnaf di Masjid Jamek, Kijal, petang semalam.

Pada majlis tersebut Ahmad Shabery turut menyampaikan surat pelantikan wakil Agro kepada lima ejen bank berkenaan bagi Daerah Kemaman.

Mereka terdiri daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan Kemaman dan Pertubuhan Nelayan Kebangsaan Kemaman, Nelayan Kebangsaan Kijal, Nelayan Kebangsaan Kemasek dan Koperasi Felda Neram II.

Ahmad Shabery berkata, dengan pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agro Bank dilihat sentiasa berusaha mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersial dalam memperkasakan sektor pertanian di seluruh negara.

No comments: