Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Rumah Transit BSK Bakal Operasi Selepas Aidilfitri Ini


Terengganu bakal mempunyai Rumah Transit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang disediakan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) sebagai bantuan penginapan sementara kepada pelanggan BSK dan dijangka dapat memulakan operasi selepas Aidilfitri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu Roslee Daud berkata, BSK (JKST) sedang berusaha mendapatkan sebuah Rumah Kuarters Kerajaan di Jalan Kamarudin bagi tujuan tersebut.

“Fungsi utama rumah transit ini adalah sebagai bantuan perkhidmatan penginapan sementara kepada pihak plantif, pemohon, pemiutang penghakiman (termasuk saksi-saksi) yang menghadiri prosiding kes di semua peringkat Mahkamah Syariah seluruh negeri ini.

“Keutamaan diberikan kepada pelanggan BSK yang kurang berkemampuan yang tinggal di daerah jauh dari Kuala Terengganu atau luar Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 1/2017 Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Hotel Grand Puteri, hari ini.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.

Roslee berkata, ketika ini, JKST sedang dalam proses memasukkan kelengkapan rumah bagi memberi keselesaan dimana rumah tersebut mampu menempatkan empat keluarga pada satu-satu masa.

No comments: