Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Qasidah, Kuih Lemak Manis


Kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisional Terengganu yang lemak manis. Antara bahan digunakan untuk menghasilkan kuih seakan sekuntum bunga mawar ini adalah tepung, minyak sapi,gula, santan, telur, air, daun pandan serta sedikit garam dan pewarna kuning

Bagi menghasilkan adunannya, kesemua bahan perlu dibancuh hingga sebati terlebih dahulu kecuali daun pandan dan minyak sapi.

Kemudian adunan tersebut dimasak bersama dua bahan yang belum dimasukkan (daun pandan dan minyak sapi) diatas api sederhana sehingga tidak melekat pada kuali.

Apabila adunan sejuk, ambil sedikit dan bentukkan mnjadi bunga mawar dengan menggunakan pengepit sebelum disusun diatas pinggan dan ditabur sedikit bawang goreng diatasnya.

No comments: