Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pos Malaysia Sumbang Van Komuniti

Dato Jailani Johari Menerima Replika Kunci Van Komuniti Daripada Dato' Mohd Shukrie Mohd Salleh


Pos Malaysia menyumbangkan van komuniti bernilai kira-kira RM 108,000 kepada Pejabat Parlimen Hulu Terengganu bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, termasuk pengagihan bantuan kepada penduduk.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata usaha berterusan dari Pos Malaysia itu sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka dalam segmen keprihatinan komuniti.

Jelasnya lagi,sebelum ini juga pihak pos Malaysia telah memberi beberapa sumbangan seperti Van Jenazah, sumbangan banjir dan dua buah bot kepada pejabat Parlimen Hulu Terengganu.

"Kita juga amat beruntung kerana negara sentiasa dalam keadaan aman. Kita boleh mengadakan majlis sebegini dengan selesa, berpuasa dan beribadah dengan tenang tanpa sebarang ketakutan. Kuncinya adalah perpaduan dan kerjasama.

"Sehubungan itu, soal perpaduan ini perlu sentiasa dijaga dengan baik dan kita patut bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir Negara ini, kerana mampu mengekalkan keamanan dan mengutamakan kepentingan rakyat serta kesejahteraan negara,"kata Jailani.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Van Kepada Pejabat Parlimen di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,hari ini.

Turut hadir,Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil,Ghazali Taib, Adun Telemong,Dato' Rozi Mamat,Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia,Dato' Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Sementara itu,seramai 100 orang anak yatim dari seluruh Parlimen Hulu Terengganu turut diraikan dalam majlis yang sama.

Terlebih dahulu,anak-anak yatim tersebut dibawa ke Pasaraya Mydin,Gong Badak untuk membeli keperluan raya seperti baju dan kasut dengan peruntukan RM100 setiap seorang.

No comments: