Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pos Malaysia Jamin Kiriman Diterima Sebelum Raya

Jailani bergambar bersama-sama petugas Pejabat Pos Ajil

Pos Malaysia Berhad memberi jaminan untuk memastikan surat menyurat serta barangan kiriman dapat diterima  pembeli mengikut tempohnya,  sebelum Aidilfitri.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, biasanya sebelum musim perayaan, pos akan menambah jumlah kakitangan sambilan bagi melancarkan operasi Pos Laju.

"Ini kerana setiap kali menjelang musim perayaan terutamanya Aidlfitri, pembelian barangan secara dalam talian akan meningkat secara mendadak.

"Oleh itu, bagi memastikan barang dipesan tiba sebelum hari raya yang dijangka jatuh pada Ahad, 25 Jun, hari terakhir penghantaran adalah pada Rabu, 21 Jun supaya ia boleh diterima pada Jumaat.

"Namun kami tidak memberi jaminan ia akan diterima tepat pada masanya sekiranya penghantaran selepas tarikh tersebut. Oleh itu, kami menyarankan agar orang ramai mematuhi masa penghantaran terakhir yang telah ditetapkan,"kata Jailani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pejabat Pos Ajil dalam Program Wira Yang Tidak Di Dendangkan di Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Pos Malaysia Negeri Terengganu, Ahmad Shazli A.Aziz.

Menurut Jailani lagi,bagi musim bukan perayaan atau bulan-bulan biasa, Pos Laju akan menghantar lebih kurang 300,000 bungkusan sehari.

"Pada musim perayaan kali ini, Pos Malaysia memproses lebih kurang 500,000 bungkusan sehari.

"Inilah kerja keras dan pengorbanan posmen dan kurier (wira yang tidak didendangkan) yang berusaha keras dan bertungkus-lumus untuk memastikan surat, parcel sampai pada masa yang tepat sempena musim perayaan,"katanya.



Bagi Azman Muda, yang telah berkhidmat hampir 18 tahun berkata, soal terpaksa kerja lebih masa atau mengorbankan cuti adalah lumrah biasa baginya sejak mula bekerja.

"Saya dah biasa dengan kerja-kerja lebih masa dan bagi saya keutamaan kepada masyarakat adalah lebih penting, malah saya sanggup berusaha gigih demi memberikan senyuman kepada pelanggan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Jailani atas keprihatinan beliau terhadap kami sebagai petugas pos dan ini merupakan kali pertama kami dapat penghargaan seperti ini daripada seorang pemimpin," katanya.

No comments: