Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peruntukan RM712,000 Bantuan Untuk Penduduk Wilayah Ketengah

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing
Ahmad Razif turut merasmikan Pasaraya Sabasun milik Che Salmi Che Ibrahim, di Dataran IKS Ceneh Baharu, Chukai, Kemaman, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan lebih RM712,000 melalui Tabung Amanah Masyarakat untuk diagihkan kepada warga miskindi wilayah itu, tahun ini. Pengerusinya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengagihan itu melibatkan 2,112 penerima merangkumi empat zon di Wilayah Ketengah. "Empat zon terbabit ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan Air Putih di Kemaman dan DUN Paka serta Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), DUN Bukit Besi di Dungun. "Bantuan yang diberikan itu terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk sumbangan wang tunai atau mengikut keperluan penerima seperti latihan serta bantuan peperiksaan," katanya. Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, selain itu pembahagian itu juga disalurkan mengikut kriteria seperti penduduk miskin, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya.

Image may contain: sky, cloud and outdoor
Menurutnya, Ketengah berharap sumbangan daripada Tabung Amanah Masyarakat ini dapat meringankan beban penduduk miskin dan mereka yang memerlukan.
Ahmad Razif berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Ketengah Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan Kijal, di Cheneh, Kemaman, semalam. Di majlis itu, seramai 612 orang penduduk DUN Air Putih dan Chukai turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM183,500. Katanya, dana sumbangan itu diperolehi daripada hasil keuntungan anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan yang menjana keuntungan. "Menerusi keuntungan yang diperolehi itu ianya akan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui pelbagai saluran," katanya. Ahmad Razif berkata, tabung yang ditubuhkan lebih 10 tahun itu sudah membelanjakan kira-kira RM4 juta membabitkan 10,000 penerima.

No comments: