Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Permohonan Dalam Talian TUBE Dilanjutkan Sehingga 18 Jun Ini

Ahmad Maslan ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Kerajaan melanjutkan tempoh permohonan dalam talian program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega sehingga 18 Jun ini, bagi memberi peluang lebih ramai golongan muda  yang masih tidak bekerja namun berminat menjadi usahawan.

Permohonan dalam talian menerusi laman sesawang tube.smecorp.gov.my sebelum ini dibuka mulai 23 Mei 2017 dan tamat hari ini (15 Jun 2017).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sepanjang tempoh dibuka tiga minggu lalu, permohonan dalam talian sudah mencapai 7,200 di seluruh Malaysia.

Katanya, kerajaan mensasarkan 1,000 usahawan tahun ini berbanding 500 orang setiap tahun sejak  2014 lalu.

“Bagaimanapun, tidak semua 7,200 permohonan itu layak kerana ramai tidak memenuhi syarat termasuk umur (18 hingga 30 tahun), sudah memulakan perniagaan lebih setahun dan mendapat pembiayaan menerusi Tekun dan sebagainya. Jadi usahawan-usahawan yang sudah bertapak ini tidak boleh menyertai TUBE kerana program ini hanya untuk usahawan yang baru dan tidak bekerja selain mereka berkemahiran, seperti memiliki sijil membuat perabot, mekanik dan tukang jahit  dari Pusat Giat Mara, misalnya. Jadi dengan sijil kemahiran itu memberi peluang lebih besar  untuk berjaya dalam  TUBE.

“Jadi kita lanjutkan pada 18 Jun ini supaya lebih ramai lagi usahawan muda yang ingin jadi usahawan di luar sana boleh mencari lagi peluang mereka dan perlu daftar online menerusi alamat tube.smecorp.gov.my. Lihat potal itu dan ada syarat-syarat disitu,”katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu, Nordin Sulaiman.

Ahmad berkata, kesemua peserta yang berjaya akan mendapat geran RM15,000 menerusi SME Corp bagi memulakan perniagaan dengan bimbingan agensi berkaitan dan rakan strategik seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, Perbadanan Pembangunan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)  dan Jabatan Pertanian sepanjang 12 bulan.

Tambahnya, sejak diperkenalkan  pada 2014,  TUBE sudah melahirkan 1,425 usahawan yang berjaya dari seluruh Malaysia dengan 178 daripada mereka adalah anak Terengganu.


Katanya, sepanjang tempoh itu juga, seramai 3,862 berpeluang pekerjaan berjaya diwujudkan di seluruh Malaysia, manakala hasil jualan keseluruhan yang berjaya dijana pula berjumlah RM38.6 juta.

Ahmad berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta tahun ini bagi melahirkan 1,000  usahawan berjaya yang akan memulakan perniagaan berdasarkan kemahiran mereka sebaik menamatkan kursus tiga minggu yang merangkumi tiga fasa iaitu Latihan Boot Camp, Bengkel Asas Perniagaan dan Permulaan Perniagaan Dan Sistem Buddy.


“Satu lagi konsep TUBE  adalah dari `job seaker’ kepada `job provider’ daripada mencari pekerjaan kepada menghasilkan pekerjaan apabila selama ini anak-anak muda mencari pekerjaan tetapi TUBE ini menghasilkan pekerjaan.

"Ini satu konsep yang cukup baik.. satu usahawan, tiga pekerja. Sebab itulah 1,000 usahawan 3,000 lebih peluang pekerjaan dapat disediakan,"tambah beliau lagi.



No comments: