Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peranan Pengamal Media



Peranan pengamal media dalam menyebar maklumat dan informasi kepada masyarakat mengenai kerajaan negeri dan pelbagai pihak adalah amat penting dan sangat dihargai.

Pihak  itu dianggap sebagai rakan pembangunan, melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kita dapat terus bergerak ke hadapan dan mencipta lebih banyak cerita kejayaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya saling memerlukan kerajaan dan anak-anak syarikat tidak boleh syok sendiri, media pula tidak boleh buat kerja bersendirian.

Katanya, sebab itu kita saling memerlukan dalam pelbagai sudut, kerajaan melaksanakan tugas,  media pula  melaporkan untuk sebaran kepada rakyat sama ada berkaitan, bantuan, kemudahan dan apa yang mahu dirancang.

“Sekiranya semua itu tidak disampaikan secara tepat, pastinya rakyat terutama yang tinggal di kawasan pendalaman tidak akan mengetahuinya,

“Apatah lagi zaman kini sudah berubah, maklumat yang disampaikan ada ditangan jadi  semua itu memudahkan kedua-dua pihak,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar  Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TI) Bersama Media di Hotel Permai, Kuala Terengganu petang semalam.

Hadir sama isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif TI Dr Wan Ahmad Rudiman Wan Razak.



Seramai 450 jemputan, terdiri pengamal media pelbagai agensi, ahli-ahli Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia pelajar Madrasahtul Quran Ash-Shabab.

No comments: