Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penjawat Awam Terengganu Terima Bonus 15 Jun Ini

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Anggota Tentera pada Majlis Berbuka Puasa Warga Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bersama Menteri Besar di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada 6,230 penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan keseluruhan kira-kira RM3.1 juta itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan.

Katanya, pemberian bonus itu akan diberikan serentak dengan bayaran gaji untuk penjawat awam pada 15 Jun ini.
“Kerajaan negeri telah memutuskan dalam mesyuarat Exco tadi untuk memberikan bonus kepada semua kakitangan awam negeri termasuk pekerja kontrak, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) untuk mendapat bonus sebanyak RM500 sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

“Pemberian itu akan dilaksanakan sekali dengan gaji penjawat awam sebelum menjelang perayaan Aidilfitri,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Warga Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.

Ahmad Razif berkata, pemberian bonus tersebut secara tidak langsung meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.



Tambahnya, 898 pegawai dan kakitangan ATRA yang melibatkan peruntukan RM449,000.

No comments: