Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pemohon Dana Raya Yang Tercicir Masih Boleh Membuat Rayuan

Ahmad Razif bersalaman dengan tetamu ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Baru Tok Dor, Jabi, kelmarin. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim

Rakyat Terengganu yang tercicir dalam senarai penerima bantuan Dana Raya masih boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan bantuan berkenaan sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri tidak mahu mereka yang layak tetapi masih tercicir daripada mendapatkan bantuan berkenaan.

Katanya, bantuan Dana Raya berjumlah RM88.7 juta mula diagihkan kepada 239,323 penerima di Terengganu pada 27 Mei lalu sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.

"Semua penerima boleh menebus baucer masing-masing di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank berdekatan sebelum September ini.


“Bagaimanapun seperti tahun sebelum ini masih ada pemohon yang layak tetapi tidak mendapatkan bantuan itu disebabkan beberapa masalah teknikal dan mereka masih diberi peluang untuk membuat rayuan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Setiu di Masjid Baru Tok Dor, Jabi, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato'Mohd Jidin Shafee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.


Menteri Besar berkata, jumlah penerima bantuan sentiasa meningkat setiap tahun, berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.

Katanya, sebanyak RM61.1 juta akan disalurkan kepada 154,730 golongan miskin manakala RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta pula melibatkan 37,283 duda atau ibu tunggal.

Beliau menasihat orang ramai agar sentiasa berhemah dalam mengurus perbelanjaan walaupun rakyat negeri ini mendapat pelbagai bentuk bantuan yang disediakan kerajaan menjelang sambutan Aidilfitri.



No comments: