Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

NGO Disaran Perbanyak Program Islamiah


Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu disarankan agar bersama- sama penduduk setempat memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan dan  program islamiah di setiap surau dan masjid terutama sepanjang Ramadan.

Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, antara program yang mudah untuk dilaksanakan, tadarus al-Quran, solat sunat dhuha berjemaah, bacaan Surah Yasin dan berselawat.

"Menerusi program seumpama itu pastinya dapat menarik lebih ramai masyarakat, terutama golongan belia untuk mengunjungi rumah Allah,"katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Agihan Bantuan Kepada Ibu Tunggal Kuala Nerus di Surau Muhajirin, Telaga Batin, Seberang Takir, semalam.

Program anjuran Puteri UMNO Kuala Nerus itu dimulakan dengan solat sunat dhuha berjemaah, bacaan Surah Yasin dan berselawat.



Halina berkata, program itu akan diteruskan dengan mengagihkan barangan keperluan dapur dari rumah ke rumah.

"Penganjur program akan menumpukan penduduk yang kurang bernasib baik, antaranya ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan penduduk berpendapatan rendah ,"katanya.

No comments: