Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Negeri Lain Perlu Contohi Terengganu Jalin Kerjasama Strategik Dengan PTPTN


Komitmen kerajaan negeri menjalin kerjasama stategik dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi) wajar dicontohi negeri lain dalam memupuk budaya menabung dalam kalangan rakyat sejak kecil.

Pengerusi PTPTN, Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman itu merupakan satu langkah bijak apabila menjadi rakan strategik dengan PTPTN sejak 2015 lagi.

“Di bawah program ini kerajaan Terengganu telahpun mendepositkan anugerah kepada pelajar cemerlang bagi peringkat UPSR, PMR, dan SPM ke dalam akaun SSPN-i.

“Ini sebenarnya satu langkah bijak iaitu melaburkan wang kepada pelajar cemerlang untuk tujuan masa depan mereka dan ini pendekatan baik yang harus dilaksanakan oleh negeri-negeri lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kediaman Seri Iman, semalam.


Shamsul Anuar berkata, PTPTN juga menyeru kepada ibu bapa supaya menabung melalui SSPN-i untuk pendidikan masa depan anak-anak dan tidak hanya bergantung kepada pinjaman sahaja.

“Ianya selari dengan hasrat PTPTN tidak lagi mahu rakyat bergantung seratus peratus kepada dana pinjaman tetapi mahu beralih kepada simpanan sebagai perancangan untuk pendidikan anak-anak,” ujarnya.

Katanya, langkah kerajaan Terengganu untuk menggalakkan budaya menabung dalam kalangan rakyat sejak usia kecil lagi amat tepat.

“Daripada beri wang tunai on off  yang habis begitu sahaja lebih baik diberi dalam bentuk simpanan SSPN-i yang mendapat dividen tinggi setiap tahun,” ujarnya.

No comments: