Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Nikmati Kemeriahan Car Food Sahur Batu Buruk

Ahmad Razif bersantai bersama pengunjung Car Food Sahur di Batu Buruk, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Tanpa mengira waktu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turun ke lapangan sebagai menyokong inisiatif anak muda mengusahakan 'Car Food Sahur' di Batu Buruk, awal pagi ini.

Ahmad Razif memandu sendiri ditemani isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria dan anak-anak tiba di situ kira-kira jam 1 pagi untuk menikmati suasana meriah 'pesta jualan' kira-kira sejam.


Beliau ternyata teruja dengan semangat peniaga yang menjalankan aktiviti bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi bagi menyediakan pelbagai juadah sahur kepada umat Islam dalam konsep berbeza secara jalanan dengan dikekelilingi pemandangan indah pantai, pasir dan bayu Laut Cina Selatan sambil duduk di tikar atau bangku yang disediakan penganjur.


Inisiatif yang digembleng kira-kira 20 peniaga makanan seperti mee hoon goreng, pulut gaul nyor, kuih ropa, keropok, nasi minyak dan nasi lemak bermula sejak 5 Jun lalu di sepanjang 500 meter kawasan parkir Pantai Batu Buruk mampu menarik sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu malam.


Ahmad Razif meninjau satu persatu gerai yang dihias menarik, selain turut mencuba memasak sambil menyapa peniaga dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.

No comments: