Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Nafi Beri Bonus Rakyat Terengganu

Ahmad Razif ketikan berbicara pada Majlis pada Majlis Jalinan Mesra Serikandi dan Puspanita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkirli C W Putra


Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan penularan mesej di media sosial kononnya kerajaan Terengganu memberi RM450 sebagai Bonus  Rakyat Terengganu (BRAT)  sempena menyambut  perayaan Aidilfitri.

Ahmad Razif kesal dengan penularan perkara itu turut diajukan persoalan sejak beberapa hari lalu adakah benar kerajaan negeri akan memberikan bonus kepada rakyat yang memiliki kad pengenalan angka 11.


Katanya, ada rakyat yang percaya,  walaupun pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanya berniat mahu bergurau.

"Ini merupakan permainan media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini pernah menjadi tular satu ketika dulu dengan mendakwa saya akan memberi bonus  kepada rakyat Terengganu  dan ia tidak banyak bezanya kes penipuan.

“’Saya meminta  mana-mana individu yang masih menerima mesej itu berharap tidak memanjangkan kepada pihak lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra Serikandi dan Puspanita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.


Hadir sama, isteri Menteri Besar yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Seramai 300 peserta terdiri daripada ibu tunggal, golongan asnaf dan fakir miskin hadir menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan dapur.


No comments: