Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Masjid UniSZA Sedia Cermin Mata Wakaf


Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi masjid pertama di Terengganu menyediakan sebanyak 50 cermin mata bagi diwakafkan kepada jemaah dalam usaha membantu menyelesaikan masalah jemaah yang mengalami rabun dekat ketika sesi pembelajaran kitab di masjid.

Cermin mata yang mempunyai 'power' sesuai untuk jemaah berusia 40 hingga 70 tahun itu diletakkan di satu sudut dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keperluan sama ada ketika sesi pembelajaran kitab atau membaca al-Quran.
Penduduk, Zarina Ismail, 36, berkata inisiatif yang diambil pihak UniSZA itu membantu ramai jemaah yang mengalami masalah rabun dekat terutama golongan miskin yang mungkin tidak berkemampuan untuk membeli cermin mata sendiri.

"Apabila ada cermin mata wakaf di masjid itu, jemaah yang mempunyai masalah rabun dekat tidak perlu lagi pulang semula ke rumah sekiranya tertinggal cermin mata.

  "Cermin mata yang disediakan itu membantu jemaah yang rabun membaca al-uran dengan lebih jelas malah sesi pembelajaran kitab selepas waktu mahgrib juga dapat dijalankan dengan lancar.

  "Pada pendapat saya, program wakaf cermin mata itu harus diperluaskan ke semua masjid kerana ia membantu golongan yang memerlukan," katanya ketika ditemui Harian Metro pada Majlis Penyerahan Cermin Mata Wakaf oleh IQ Optometrist Gong Badak, di sini, semalam.

    Wan Safari Wan Ahmad, 41, dari Kampung Tok Jiring berkata, program wakaf cermin mata itu program terbaru yang memberi manfaat kepada jemaah yang memerlukan secara tidak langsung mengalakkan jemaah dan orang ramai yang berkunjung ke masjid untuk membaca al-Quran.

   "Saya menyokong pendekatan yang diambil pihak masjid dalam memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah dan ia seharusnya dicontohi semua masjid namun pengawasan perlu dijalankan bagi memastikan cermin mata yang diwakafkan itu kekal berada dalam keadaan baik.

  "Bagi yang tidak mempunyai masalah rabun dekat, mereka mungkin tidak memerlukannya malah tidak memberi apa-apa manfaat namun bagi individu yang mempunyai masalah rabun dekat ia satu kemudahan dan nikmat seterusnya boleh menjalankan ibadat dengan selesa," katanya.

    Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UniSZA Dr Mohd Shafiee Hamzah berkata, program wakaf cermin mata itu dijalankan dengan kerjasama  IQ Optometrist Gong Badak.
   "Idea itu datang selepas melihat ramai jemaah terutama golongan yang berusia dan rabun dekat mengalami masalah apabila tertinggal cermin mata di rumah sehingga menganggu kelancaran sesi pembelajaran kitab dan tadarus pada Ramadan.

   "Melihat keperluan itu UniSZA dengan kerjasama IQ Optometrist Gong Badak mengambil inisiatif menyediakan cermin mata wakaf di masjid dengan harapan membantu jemaah yang memerlukan dan bersyukur kerana sambutan yang diteriam sangat menggalakkan," katanya.


   Menurutnya, program wakaf cermin mata itu akan berterusan dan jika perlu pihak UniSZA akan menambah jumlah cermin mata yang diwakafkan itu pada masa akan datang.

No comments: