Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Masjid Jambu Bongkok RM7.1 Juta Dijangka Siap Oktober 2018


Ahmad Razif bersalaman dengan  pegawai dan pemimpin politik  yang menyambut ketibaan beliau  di Majlis Pecah Tanah dan Berbuka Puasa Daerah Marang di Masjid Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim
Masjid baharu di Kampung Jambu Bongkok, Marang yang bakal dibina dengan kos RM7.1 juta dijangka siap menjelang Oktober tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, masjid yang dibangunkan bagi menggantikan masjid lama yang sudah berusia 54 tahun itu, berkeluasan kira-kira 1,300 meter persegi itu mampu menampung sehingga 1,000 jemaah.


"Kerja-kerja tapak telah selesai dan kini di peringkat penanaman cerucuk awalan. Masjid ini juga akan dilengkapi bangunan kelas yang boleh diubah menjadi dewan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah dan Berbuka Puasa Daerah Marang di Masjid Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff  Awang.

Kira-kira 2,000 orang penduduk dir dalam majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar.


Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan memastikan pembinaan tujuh masjid baharu yang mampu menjadi mercu tanda atau ikon di setiap kawasan seluruh di Terengganu mampu disiapkan pada  tahun ini.


Katanya, setakat ini empat masjid sedang dalam pembinaan manakala tiga lagi masjid akan dibina tidak lama lagi masing-masing di Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

No comments: