Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu Di Kuala Lumpur Bersama YAB MB 10 Jun Ini


Seramai 10,000 anak Terengganu yang menetap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang bakal diraikan di Majlis Berbuasa Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya pada 10 Jun ini (Sabtu).

Majlis akan dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan kepemimpin politik itu bermula jam 5 petang hingga 10 malam.

Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan NGO-NGO Anak Terengganu di Lembah Klang dan Sekreariat Anak Terengganu Di Perantauan.

Pengerusi Sekretariat Anak Terengganu Di Perantauan, Samiun Salleh berkata, program tahunan kerajaan negeri itu akan dimulakan dengan ucapan kepimpinan negeri dan juga Pesat, sebelum pengagihan DanaTransformasi Orang Muda (TOM), Dana Raya dan bantuan Tabung Darul Iman yang diselaraskan menerusi Pejabat DUN masing-masing.

“Sejurus selepas itu, peserta berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai barangan menarik untuk dibawa pulang.

“Semua hadirin kemudiannya akan menyertai majlis berbuka puasa, solat Magrhib, Isyak dan berterawih. Manakala selepas terawih disediakan juga jamuan moreh dengan pelbagai menu istimewa termasuk Durian King, kambing bakar dan juga kuih-muih tradisional Terengganu,” katanya kepada Teganukita, hari ini.

Beliau yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berkata, semua kepimpinan negeri dijangka akan tiba dari jam 5 petang bagi menyambut anak Terengganu di perantauan serta beramah-mesra bagi merapatkan ukhwah sesama mereka.

Katanya, penganjur juga menyediakan pusat khidmat  kaunter T-Cakna untuk anak Terengganu mendapatkan informasi dan bantuan berkaitan yang disediakan agensi kerajaan negeri bermula jam 4.30 petang hingga 8 malam.

Tambah beliau, kepada anak Terengganu yang berminat menyertai majlis berbuka puasa ini, boleh menghubungi nombor pada iklan yang diedarkan dan diviralkan menerusi media sosial dan juga   kain rentang di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan di Parlimen masing-masing pada kadar segera.

No comments: