Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Maidam Terima Bayaran Zakat Dari Golden Pharos Berhad

Muhamad Pehimi menyerahkan Zakat Perniagaan kepada M Rozi pada Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan GPB di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Golden Pharos Berhad (GPB) berjumlah RM577,610.36 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu.

Replika cek diserahkan Pengerusi GPB, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof  kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M Rozi Bidin di Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan GPB di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Majlis penyerahan itu disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  Ahli-ahli Lembaga Pengarah GPB serta Pengurusan Kanan Kumpulan GPB dan Maidam.

Muhamad Pehimi berkata, GPB sentiasa meneroka peluang perniagaan yang berpotensi dan mengkaji semua aset serta penggunaannya untuk meningkatkan kecekapan penggunaan modal.

Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah untuk menghidupkan semula operasi kilang papan lapis Permint Plywood Sdn Bhd, subsidiari milik penuh GPB di Al-Muktafi Billah Shah, Dungun bagi menjana keuntungan dan membuka peluang pekerjaan.

“Kilang ini sedang dalam proses akhir persiapan dengan pembaikian dan pembelian mesin-mesin yang berkenaan.

“Sekiranya semua berjalan lancar, dijangka memulakan operasi komersial bagi produk venir pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Menurutnya, peringkat permulaan, kilang itu dijangka dapat membuka peluang pekerjaan kepada 100 penduduk setempat dan akan bertambah sekiranya kilang dapat berjalan lancar.

“GPB telah mula mengeluarkan serpai kayu ('woodchip') pada Jun tahun lalu untuk memaksimumkan penggunaan sisa kayu.

“Syarikat sama juga akan meneroka kemungkinan menubuhkan ladang hutan industri untuk kemampanan bekalan dan melaksanakan operasi penambahan nilai untuk memaksimumkan sumber-sumber semula jadi di Terengganu,”katanya.

No comments: