Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Mahkamah Syariah Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Dengan Ejen Palsu


Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) menasihatkan orang ramai terutama pelanggan Mahkamah Syariah supaya tidak mudah percaya dengan ejen palsu yang mendakwa mampu menyelesaikan pebagai urusan dalam tempoh singkat.

Ketua Hakim Syarie JKST, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah untuk menyelesaikan masalah pelanggan.  

“Sebaliknya sebarang urusan berkaitan rumahtangga termasuk cerai, nafkah anak, rujuk dan harta sepencarian  perlu merujuk di jabatan itu menerusi kaunter yang disediakan sebelum dipanjangkan kepada pegawai bertauliah.

“Saya ada menerima aduan secara lisan mengenai perkara ini daripada pihak berkuasa mahkamah yang dikatakan mengenakan bayaran tertentu jika mahu mendapatkan perkhidmatan ejen,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Terengganu, Sheikh Abdul Hamid Sheikh Abdul Hamid.

Menurut beliau, dalam kes sebegitu, difahamkan ejen terbabit mendakwa mampu memudahkan urusan  kerana mempunyai hubungan rapat dengan hakim.

“Saya tidak pasti berapa ramai yang terlibat  dengan kegiatan itu kerana belum ada aduan secara bertulis daripada pelanggan dan tiada sebarang tangkapan yang dibuat pihak berkuasa.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya meminta semua pegawai peka mengenai kegiatan itu, selain menampal kenyataan amaran di setiap sudut mahkamah,” katanya.

Abdul Hamid memberitahu, IBR adalah satu inisiatif diperkenalkan SPRM yang memberi tumpuan kepada ikrar dan janji bagi menghindarkan gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.

“Adalah menjadi harapan kami agar jabatan lain mengambil langkah yang sama bagi menyatakan keseriusan mereka untuk memerangi rasuah,” katanya.








No comments: